16 January 2015

Sixteen.

Assalamualaikum.

Sepatutnya rindu tu ada sambungan part dia lagi tapi disebabkan dah start sekolah dan sangkaan pertama saya ialah mesti tak banyak homework. Tetapi ... sangkaan saya salah, kerja sekolah banyak --" Cikgu cakap duduk kelas sains kena banyak berkorban. Tak boleh main2. Kena fokus banyak. Kena study banyak. Kena hafal banyak. Ya dan semuanya banyak. Lagi setahun setengah lagi, sabaq sat. Seminggu sekolah ni tak pegang fon. Kalau pegang tengok jam, guna komputer kalau ada apa2. Memang jarang on ig, twitter, fb dan blog. Tapi takdak sapa baca, so who cares. Kahkahkah. Dan ni pon baru siap sejarah dan guna komputer sepuasnya. Essay bi dengan bm tengah tunggu. Lepasni busy dengan homework dan aktiviti koko.

Dan dari saya sekolah rendah sampai tahun lepas tak pernah duduk tepi tingkap. tak pernah sekelas dengan Nad, tak pernah duduk dalam kelas hanya 26 orang *tu pon ada orang nak masuk KV dan pindah kelas sebab takut tak boleh bawak subjek2 tertentu*. Dan ramai orang kata kat saya, duduk dalam kelas tu dulu, belajar dulu, kalau rasa susah memang benda tu akan jadi susah. Fikir benda tu senang dan kena study banyak. Hidup makin lama memang makin susah, mana ada makin senang. Dan ramai cikgu2 cakap, result PT3 tu tak menunjukkan masa depan cuma bagitau aliran apa yang students ambil.

So my life since start sekolah ialah macam biasa pergi sekolah. Setiap petang buat homework dan terpaksa tahan mata dari tidur. Malas nak tangguh macam tahun sebelum ni. Buat semua siap. Then malam tidur awal. Dan keesokkanya macam tu kecuali hari Khamis. Waktu petang tu free nak buat apa pon. Tapi buat jugak homework sikit. Malam hari Jumaat dengan Sabtu study sikit. Dan seterusnya berlaku seperti itu sampai ... entah bila.

Sometimes ada study group, sama ada kat sekolah atau kat rumah. And yes, tak sama kelas dengan budak elit, depa ramai dok kelas teknologi. Lepastu mulalah sesi perli memerli, 'Untunglah kelas sains.' 'Dia dah sombong.' 'Kami kelas sastera ja.' Rasa macam nak lempang ja budak macam ni. You know what, semua kelas sama ja. Depends pada diri sendiri, nak study atau tak. Sombong? Dah kelas tak sama, macam mana jumpak selalu? Setiap hari nak saya pergi kelas then cakap hai? Erghh, matured please. Okay abaikan. Budak teknologi belajar LK, jadi saya stalk semua budak LK dekat wc then what's up depa 'Budak Pizza' HAHAHA. What the ... Dan tadi chat dengan Pea, saya type punya panjang dia cuma balas emo ja, then dia cakap 'Budak LK belajar lukis, tak bina ayat.' Saya hanya mampu balas *speechless*. 

Hmm2, tu ja kot. Malas nak letak gambar sebab malas nak tunggu gambar upload punya lama. Dan mengantok. Dan ermm2, k bye. Tak baca pon tak pa. Kahkahkah.