02 July 2015

Last day ...

Assalamualaikum

Jadi rutin harian pagi macam biasa. Cuma tak jalan macam hari Jumaat haritu. Buat senaman depan dewan. 


Lepas tu, pergi makan, then pi dewan ada taklimat pasal flying fox. Aaaaa, memang fall in love hahahaha. Sebelum buat tu, lepak dengan geng2 Namie. Mengutuk orang kuat betul depa ni --" dah habis buat, kami (geng2 Aina), pi dekat depan coop. Ada cikgu Man, dia belanja minum. Rasanya kem kali ni, cikgu Man banyak spend duit untuk belanja kami. Hahaha. Lepastu kami bosan, kami pi dewan, budak lelaki ada program dengan cikgu Zahilah. Aktiviti dia best gila --' Lepas habis semua ada dekat dewan, cikgu Zahilah dengan ticer Sal suruh kami kemas2, dan siap awal. Lepas kemas beg, kami letak depan dorm. Then turun balik bukit, ada taklimat penutupan kem pengawas dengan pengetua, Lepastu naik balik bukit, tengok beg hilang XD Wawa bagitau depa angkat beg2 kami semua dorm letak dalam van. Thank you Wa. hahahaha. 

Lepastu ... balik. Hahahahaha. Nampak tu, malas dia nak update blog macam mana. Hahahaha.


01 July 2015

Second day ~


Assalamualaikum.

Geng2 catwalk bawak jam, dan depa set time bangun solat subuh and so on, lepas solat, kami duduk dalam dorm, makan2 sikit dengang geng2 catwalk, lepastu pi depan dorm lelaki, gathered, buat senaman, jalan pusing satu bukit tu. Tak tau jalan apa --" tapi tenang ja rasa ~


Dah habis jalan, bahagi kumpulan, buat exercise ikut group sendiri, tempat lain2. Lepas habis exercise makan. Lepas makan, kumpul dekat dewan, dengar pasal jungle trekking, then bermulalah aktiviti tu. 


Jungle macam biasa ja lah. Okay --" lepastu berehat dekat mana tah. Dekat rumah dengan sekolah, dapat tengok bukit tu tau. Bukit tu pelik, ada orang tebang pokok. Jadi tak cantik. Pelik. Jadi dekat bukit tu lah kami rehat. Then sambung jalan lagi, dan tetiba ... kaki tergeliat T_T salah pijak apa tah, pastu krem. Ya Allah, rasa dia macam nak nangis kat situ tau. Tapi disebabkan ada ramai pulak budak laki yang jaga, buat kuat lah kan. Coach tu suruh lawan, tapi coach, kaki saya tak pernah krem, tu first time kot T_T Okay, jalan2 lagi dipapah oleh kak Nadia, sampai dekat dewan makan. Dan hari Jumaat kan, budak laki solat, kami mandi, tidur, solat, ada ceramah sikit dengan cikgu Zahilah (kauselor). Kami cakap pasal hal2 perempuan sikit. Ya, admire her. Hiks.

Lepastu petang tu ada kayak. Yeay. Tu yang duk tunggu2. Waktu di bagi taklimat tu, dengar nak tak nak ja XD Bila dah sampai turn, nervous gila iolsss. Nasib ticer Sal tolong betulkan. Before naik tu, dah plan dengan Aina apa yang patut kami buat, kalau kiri cakap 1, kalau kanan cakap 2, tapi sampai kat tengah tasik tu, kami lupa --" Suruh guna kiri dengan kanan ja, tapi Aina kata dia lupa kiri dengan kanan. hahahahaha. So selamat jugaklah. Nasib tak jatuh basah ja waktu bangun.


Lepas habis ni, hujan. Then, kami semua duduk dalam dewan. Naik bukit time tu kilat, dan naik bukit kan, kilat dekat ja rasa, pegang tangan Wawa, lepastu ... tak ingat --" In short, malam lepas solat isyak, ada ceramah from emm tak kenal sapa. Mengantuk dia tu, susah betul nak describe hahahaha. Ramai letak kepala atas kerusi kawan kat depan. Dengar ja lah. Nasib ada keropok yang ticer Latha bagi dekat kami sebab kami puji dia cantik XD Lepas habis ceramah, kami minum dan ada kuih sikit. Tapi sebab mengantuk, tak makan dan tak minum. Naik atas bukit, Masuk dalam dorm, pi bilik air, ambek wudhuk, tidur.

And the last day ...