17 November 2017

University life ๐Ÿค”

Assalamualaikum.

Well, hello November ๐Ÿ‘‹ Nak update ni pun fikir banyak kali tau. Sampai tertanya tanya either nak sambung dengan blog ni or biarkan ja ๐Ÿ˜ญ okay, seperti yang telah dimentionkan dalam post sebelum ni. Saya masuk uni (tak nak mention universiti mana, nanti keluar dekat google image, tengok gambar ja okay ๐Ÿ˜ด)

Hmm, sebenarnya, untuk update blog dekat sana boleh ja. Tapi ... hanya warga di sana sahaja yang memahami betapa lajunya line untuk membuka socmed. Kadang kalau nak balik rumah, mother call pun tak dapat sebab line tak dak. Jadi saya akan pesan dekat mother siap siap, dah sampai pagar, terus mesej. First masuk, saya macam ... okay, mungkin sini okay kot. Nanti lama lama okay kot. So, ya. Saya letak gambar dekat bawah dari 1st sem sampai habis and ada caption dia. (So, mungkin ni post paling panjang yang pernah saya update)


Since belajar dalam kedah jugak, and dekat dengan rumah, waktu pendaftaran, kakak dengan ayah ja yang ikut (ouh, sugar glider kakak pun ada) Dalam fikiran, aduh, macam mana ni, kena dengar nasyid ja ka, kena cakap bahasa arab ka ni (waktu orientasi, fasi cakap bahasa arab, students lain jawab penuh keyakinan, dan saya mampu diam ja, tak faham ๐Ÿ˜ข) kena cakap sopan sopan ka ni, sebab saya pun dari sekolah biasa yang jenis gelak kuat, cakap pun tak cover, pakaian beshe beshe (lol, sorry sebab saya fikir macam ni) ๐Ÿ˜‚ tapi rupanya tak pun, pfftt. Majoriti sama ja macam sekolah biasa. Tapi ada yang betul betul jaga. So, takpalah, lain orang, lain character dia kan. Saya cuba adapt and adopt dengan environment ni. Okay ja sebenarnya ๐Ÿ‘ (maybe tak dak sapa sapa yang saya kenal, memang nak macam ni pun hahahaha jangan triggered dakdak taman kenari)

Ouh ya, kebetulan saya masuk, dalam beberapa hari lepastu puasa. Perghh, mencabar betul bila puasa tak dak family hahahaha. Dengan ada hasutan hasutan comment dekat instagram yang cakap puasa dengan family dekat rumah lagi best sebab saya masuk awal, depa kena masuk lambat. (yes kimal and nad, saya tuju khas untuk awak dua yang comment dekat ig saya)


Roommates? Wow, ni part paling best. So, atas ni roommates saya, yup 8 orang satu bilik. Walaweyh. Kak Masyi, hmm, sebab umur dia sama dengan abang saya, so kena juga panggil dia kak even dia tak nak hahaha (tak ngaku tua eh kak masyi ๐Ÿ˜›) waktu orientasi, paling rapat and cakap banyak dengan kak masyi and dalila. Kak masyi seorang yang clumsy hahahaha, jenis cepat panic, comel okay. Ouh, and dia ambil asasi pengurusan, selalu juga dia tanya soalan. Dalila pula, ingatkan dia 18 tau, kenal dia masa first first masuk dewan. Duduk sebelah dia and ada gambar saya dalam phone makcik dia hahaha. Garang weyh, hahaha, dia dengan Aqilah selalu pantau dorm. Dalila ni course kulinari, paling best hari yang dia memasak, memang selalu tunggu dia balik ๐Ÿคฃ

Aqilah pula, 1st kenal dia, perghh macam sombong, demand pasal kawan, tapi sekarang, semua rahsia saya, dia sorang yang tau, saya patah hati, gembira sedih saya (selalu bedtime story atas katil sebab kami dua tidur katil atas, sebelah sebelah, kadang tu dekat atas lantai waktu semua tidur, minum minum sambil makan sagu  dekat cafe lepas koke. Entahlah, seronok cerita semua masalah dekat dia) ouh dan dia 19 and degree bahasa arab (dia dengan dalila selalu kejut dengan cara creepy, sebab saya tidur atas, depa akan datang dengan nampak mata ja, panggil elee elee. Aqilah pula kalau ada kelas pagi, saya tengah tidur, dia akan kejut semata mata nak pinjam lipstick blusher semua ๐Ÿคฃ) Farhah pula, setiap hari gaduh dengan dia, tapi yang paling rapat sekali, maybe sebab sama kulliyyah and umur. Selalu kalau jumpa dalam bilik air, akan simbah air, jerit jerit, eh, macam macam lah. Sampai satu bilik semua ship (omg, ship as a friend) Syikin dengan maizatul pulak umur 19, hmm, jarang cakap dengan depa tapi depa nice and izzah, ni lagi lah jarang cakap. Dari 1st day sampai habis sem, bilik kami paling lewat tidur (sebab lepas maghrib, baca quran, tertidur atas sejadah, 'ter' okay. Tapi selalu tertidur atas sejadah ni, saya hahaha, then kak masyi pun ikut ๐Ÿคฃ)


Study sini Alhamdulillah okay, ada lah yang sudi ajar apa yang tak faham semua. Terima kasih untuk sesiapa yang pernah ajar saya. Hiks. You all know who you are. May Allah bless all of you. Banyak sangat benda yang saya belajar dekat sini. Tapi bila share bilik ramai ramai ni, tak boleh nangis macam dekat rumah ๐Ÿคฃ 


Pengalaman paling perit bila Jumaat ada midterm malaysian studies dan ada talk dari dekan semua, tapi saya tak boleh pi dua dua sebab gastrik and demam teruk. Hari khamis sakit, nasib memang ada satu kelas and kelas cancel. Dan selalunya saya ja ada dalam bilik sampai pukul 1 sebab semua ada kelas pagi, nasib haritu ada syikin yang jaga saya, dia panggilkan mak guard and akak jaksa. Waktu tu baru teringat dosa hahaha. Memang terbaring dekat lantai sampai asar. 

Then kak masyi bawa balik makanan, and malam tu pi hospital SP. Kawan kak masyi drivekan. AGAIN, you all know who you are yang bawa and tunggu saya sampai pukul 1 pagi (tak nak mention ๐Ÿ˜›) Jumaat sabtu memang rest betul betul, Ahad baru sembuh gastrik tapi demam tak. Depa tak bagi pi kelas lagi, tapi ... tak larat weyhh asyik tidur ja, bosan. Bila keluar tu, banyak juga pembaharuan, ada pokok bunga, masjid ada banyak yang baru ๐Ÿ˜‚ (still pembaharuan apa) Tapi ya lah, belajar dari kesilapan tak breakfast tu 3 hari ja, lepastu buat balik, sebab memang dari dulu jenis tak makan pagi. Paling awal boleh terima makanan tu, pukul 1. 


Lepastu baru tau ada jalan untuk dekat lagi dengan tasik (terima kasih tour guide yang sudi bawa kami dan jadi photographer tengah tengah panas) 


Lepastu dulu macam tak rapat sangat dengan geng geng ni, tapi sekarang, semua sama sama (alamak teringat dakdak 5s2) jenis tak jaga hati perasaan orang, tapi sebab dah biasa dengan 5s2, so macam biasa ja. Yang selalu bagi kata kata semangat (konon. Yang selalu guna ayat 'aii ... ka?' 'dengaq dak ni' 'jaga dia') tapi saya sorang ja course lain, semua islamic banking and sorang business admin. Semua 2.5 tahun, saya sorang 3 tahun.๐Ÿ˜•  (OMG! Tashabar nak duduk serumah!)  As long as grad sesama (nanti setiap kali habis final. nak tangkap macam ni, position yang sama hokay! Cuma kena tambah lagi dua orang tu)


4 hari before final (Khamis) balik rumah Adila dekat Sik. Hiks (orang lain study, saya ikut balik rumah orang. Alah study juga) dengar macam best sebab ada bendang dengan sungai. Tapi sayang, hujan masa balik rumah Adila, hari Sabtu baru sempat pi sungai, tak pi bendang ๐Ÿ˜ฟ then balik hari Sabtu petang, terus pi library sebab Mira dengan Farhah nak study math. Okaylah, pi ja lah study dengan depa. Thank you Adila bawa balik rumah, tapi tak ingat nak pi rumah Adila lepas ni ๐Ÿ˜‚


Wahh, panjangnya. Ouh, saya ambil dip in accounting. At first, saya sorang perempuan dan 3 orang lelaki, waktu tu nak nangis weyh. Nasib ada najat lepastu husna and bella. 4 orang pun okay what. Stress study sampai rasa dah give up semua tu normal lah kan. Kita yang handle semua masalah, stress tu. Yang selalu motivate nad, gha, aqilah, geng geng kulliyyah. 


Terima kasih yang selalu motivate saya dari awal sem sampai final. Selalu sangat dari sekolah menengah sampai sekarang, nak habis tahun, sem, mesti ada banyak masalah ujian. So, semua tu normal. Terima kasih untuk semua kebaikan yang pernah bagi dekat saya. Saya appreciate sangat. Nak buat appreciation post pun macam tak boleh ja sebab ramai sangat. So, sapa yang rasa pernah buat baik dengan saya tu, terima kasih sangat sangat.  

Sebenarnya, ada lagi gambar dari awal sampai habis. Tapi macam panjang sangat. So, rasanya jumpa nanti lah kot blog ni. Cuba sedaya upaya gain balik followers yang hilang (haritu riuh kan followers dekat semua blog hilang, ya saya pun kena ๐Ÿ˜’) Thank you sebab baca dari awal sampai habis. Jumpa next sem ๐Ÿ’–


love,
Namin.

16 May 2017

Happy Mother's Day!

Assalamualaikum

Wah! Terus update mother's day. 1st entry dalam tahun 2017. Baru perasan, blog dah sediakan emoji, symbol etc. ๐Ÿ‘ Dan lagi 6 hari masuk uni life ... Okay, let's begin!

Dalam hari Khamis atau Jumaat, kakak ada dm dalam group adik beradik (abang, kakak, saya, tasha). Dia plan nak celebrate mother's day hari Ahad, tapi tak dapat buat sebab kakak kena dapat shift petang, Then kami sambut hari Isnin (semalam). Ni kiranya surprise lah. Then dalam tengah hari, kakak ws pasal surprise tu. Tapi petang tu, mak order makanan dekat kakak beli dekat sup lekaq. So, kami macam tak bagi lah mak makan makanan yang berat, takut malam nanti mak kenyang. Kakak cuma pesan nak bawa mak keluar makan malam ja.

Petang tu, keluar dengan kakak pi yuya, memang nak pi sebab nak beli patches, sebelum tu nak reserved tempat, tapi pertengahan jalan, kakak plan nak beli belon. So, pi yuya dulu. Nak pilih belon pun lama weyh! Lepas habis beli belon dengan patches, pi reserved tempat, bagi bunga dengan belon tu siap siap. Kata suruh bawa keluar belon dengan bunga waktu keluar makan. Booking pukul 8.30. So, kena lah pujuk mak, sebab mak selalu tunggu isyak, mak malas nak keluar. And finally, mak ikut jugak.


Bila dah sampai, terkejut sebab tengok ada belon dengan bunga siap siap. Mak masuk dulu, mak tak perasan meja tu tulis nama kakak. So, saya pun, sebenanrnya, ni lah meja kita. Mak macam ... ni? Kakak nak menangis, sebab petang tu dia ada cakap, kakak tak boleh lah macam ni, nak menangis ๐Ÿ˜’ mak pun nak nangis juga. So? Surprise berjaya! Tak da banyak gambar sebab buat video, ingat nak edit and letak dekat youtube (vlog) tapi terdelete satu video dalam phone. So, nevermind.



p/s : Tempat sini best okay! Friendly! Makanan pun sedap! 10/10 ⭐ click sini kalau nak tahu semua benda pasal tempat ni ๐Ÿ‘


Happy mother's day to all mothers out there! ๐Ÿ’—

love,
Namin.


01 October 2016

2 years already

Assalamualaikum

2 years already meh dengan 5 scn 2 hahahaha. Waktu first masuk form 4, takut sangat sebab nak kena compete dengan budak budak pandai. Sebab tu waktu form 4, pendiam (k mengaku form5 bising) 

Ni gambar first masa pi giant *laugh emoji* eh, macam mana boleh plan sesama eh? Tak berapa rapat pun time ni. Boleh dikatakan gambar first lah. Dulu puak puak lagi hahaha. Tapi gosip tak puak pula kan.


Masuk form 5, macam form 4 sikit, puak. Dulu terasa kalau geng leha dengan eton cakap. Sekarang ni, dia macam dah lali semua tu. 


Dah tak berpuak pun. Selalu sangat keluar. Rancang semua sekali. Sejak sejak dah pencen, tak duty, rehat dengan geng geng leha, boleh dikatakan satu kantin bising sebab gelak leha ja *sure will miss this moment*



5scn2 pandai sangat buat birthday prank. 3 hari before birhday, Leha pesan, "Khamis ni jangan pakai baju warna gelap" Masa tu tak dapat lagi, balas ja lah, "Okay, kita semua pakai baju kelas" Bila dah sampai hari Khamis, mak kata kena balik kampung malam, sebab esok ada kenduri. Bagitau dekat Nad ja lah, masa sampai rumah nad, 1st time dia tak layan dengan baik T_T Lepastu depaa terasa lah sebab kena balik awal. Waktu lepas tangkap gambar, semua serius ja, diam, ada yang makan banyak, tengah ws, lepastu tetiba eton cakap, "1,2,3" dan semua nyanyi. Waktu tu dia punya terharu tu, Masya Allah hahahaha, terharu sangat kot XD tapi sayang tak dapat stay sampai malam, patut tak bagi pakai baju warna gelap, sebab malam tu nak baling tepung. Tapi tak boleh baling sebab kena balik awal. Anyway, appreciate sangat! *biggest heart emoji*









Macam manalah boleh tak rindu, tak sayang depa ni. Semua ada, bising, nak pukul 12 jadi badmood, suka buat lawak hambar, pendiam, tapi bila jerit haaa, hahaha comel sangat perangai haaa. Betul lah orang cakap, biarlah ada kawan yang cakap main lepas ja, janji sentiasa ada. Dengan depa, gaduh jap ja, kejap sangat, tak perlu minta maaf pun, dah okay. 

Sapa ja yang boleh buat masa awal awal masuk form 4, dah plan nak ponteng kelas *eh eh* / ambil fon cikgu, even cikgu disiplin, penuhkan memory phone dengan gambar kita / cikgu tak dak dalam kelas, pi dekat laptop cikgu, tukar lagu, tukar tajuk essay / banyak lagi benda yang kita buat sama sama

Kejap ja dah nak spm T_T Buat elok elok tau, chaiyok!

love,
Namin.

02 July 2016

Hola ๐Ÿ‘‹

Assalamualaikum.

Ya Allah, last update masa bulan 1. Apeni. Hahahaha. Banyak sangat kekangan (cewah) nak update blog ni. Salah satunya komputer rosak. Ya, tu masalah utama sebab selalunya buka semua benda dekat komputer. Dekat phone cuma guna wechat, whatsapp, instagram dengan youtube ja.

Banyak sangat benda nak update untuk tahun ni saja. Kem pengawas, teacher's day, bffuid, puasa, iftar, raya, macam macam. Dan sekarang update guna phone, tak rasa kepuasan ๐Ÿ˜‚

Insya Allah, lepasni boleh dah kot update. 

love,
Namin

29 January 2016

Melaka to Kulim.


Assalamualaikum.

- 17 January 2016 -

Lepas check out hotel, ayah hantar abang dengan kakak balik semula. 


#Askartegak hahahaha

Dah start sekolah, masa naik tangga, nad dengan catwalk cakap, 'depa main mario, kita main pasir ja.' 'Tulah, mario pun tak bawa balik kat kita' 'Tengok dp ws namin, macam tak percaya ja tu namin' Hahahahaha okay fine XD

28 January 2016

Melaka.


Assalamualaikum.

- 16 January 2016 -
So, ayah bawa pi Melaka. Kami tidur dekat LKS Hotel.


Check out hotel dan jalan jalan Melaka.







Klebang punya coconut shake. Nak pi pasir dekat klebang tapi abang tak berhenti :')))


Jadi kami tidur dekat hotel Sunrise. Petang tu mandi pantai. Hotel dia, vintage sangat sebab dia dari kayu. 


On the next day ...

27 January 2016

Laman Seni 7 & KLIA2

Assalamualaikum.

- 15 January 2016 -

Lepas check out hotel, ayah bawa pi lama seni 7 (sebenarnya saja ja cakap dalam hotel dengan kakak "kakak, laman seni tu dekat mana" "dekat ja" "teringin nak pi" "kakak bagitau ayah" "jangan cakap adik yang nak pi" "okay kakak cakap, teringinnya nak pi laman seni") tapi dalam kereta, kakak sebut juga nama namin -- and here we areeee








Lepas tangkap gambar, beli kain untuk pakai raya ni hahahaha


Lepastu pi KLIA2 tunggu abang sebab abang balik kerja pukul 8 lebih. Kami sampai situ awal sangat.


Bila sampai dekat KLIA2, ternampak buku ni. Ya Allah, dah berapa tahun teringin sangat nak buku ni T_T mampu selak selak macam tu ja.


Disebabkan mak penat jalan, kakak syorkan kami mengeboostkan diri dengan boost. It senais. Then kakak teringin sangat nak makan sushi king, so, marilah kita hahaha


So, bila dah ambil abang, ayah cakap, "ayah dah tau nak pi mana, ayah boleh tidur" dan abang pun gelak. Kami dekat belakang sangat curious sama sekali ya. Rupa rupanya kami pi ...


26 January 2016

Kulim to Shah Alam.

Assalamualaikum.

- 14 January 2016 -

Malam 13/1, mak suruh packing baju dah sebab hari Khamis, lepas balik sekolah, mandi, terus pi Shah Alam. 14/1 ada extra class untuk fizik dan alhamdulillah balik pukul 3.30 sebab takut kalau balik lewat, lambat sampai sana. Bila dah balik rumah, settle kan apa yang sepatutnya kena buat. Dan long journey pun mula. Sebelum pi, nadcatlia cakap, 'jangan lupa kami kat sini.' 'untunglah bercuti' hahahaha.

So, disebabkan ada extra class, mengantuk, jadi tidur dalam kereta (habit actually XD) mak bungkuskan nasi dengan ayam goreng (jalan jalan dengan mak pun, mak bungkuskan) Sampai dekat Shah Alam dalam pukul 8 lebih dan hujan lebat dan ada kilat. Sebenarnya takut kilat hahaha. Kalau ada kilat kat sekolah, nad akan peluk dan kata, 'tak dak apa pun'. Okay bila dah sampai Shah Alam, ambil kakak, dan tidur dekat hotel alami.

Malam tu, siapkan hw, tengok tv dan tidur.


Thank you Alami Hotel. And the next day ...

23 January 2016

Welcome back!


Assalamualaikum.

Hello 2016. Hello SPM and hello for everything that I will face this year. Dah nak habis bulan 1 2016 baru update blog. Ramai orang whatsapp dan wechat, tanya kenapa lama tak update blog? Okay sebenarnya, update blog ni dekat komputer, jarang guna komputer sebab dah ada phone. Bila nak update blog, komputer pula rosak, tambah dengan wifi. Bulan 1 baru jadi semuanya. Bulan 1 pula, dah start minggu ke-2, nadmincatlia ajak stayback study sama-sama, lepastu cikgu cikgu banyak booking kami untuk extra class. Takpa, tahun last ni dia punya struggle tu lain macam. Nanti rindu pula kat sekolah. Lepastu, holiday dengan family sebab bulan 12 tak holiday pun. So, bila buka ja blog. Nahhhh, hilang 5 followers. (lap air mata guna hujung lengan baju)
So tak pa, nanti update blog tentang percutian 2016


02 November 2015

Prefect's Annual Party 2015

Assalamualaikum.


15/10/2015 (Khamis) finally form four prefects berjaya handle prefect's annual party untuk prefects batch '98. Theme untuk party ni 'Prince and Princess' Sehari sebelum party ni, cuti sempena awal muharam, dan kami semua prepare untuk hari keesokannya. Ticer Sal tengok video dan dia suruh selit sikit gambar. Malam tu tambah gambar dan tak boleh save. Jadi video tu letak dalam pendrive dan save dalam laptop Bella pagi Khamis nanti. 

Bila tiba pagi Khamis, perasaan kami macam macam ada. Nervous, excited, bercampur. Pagi tu nak save video, tapi tak boleh. Ya Allah, Allah ja tau perasaan tu macam mana. Terpaksa balik jalan kaki dengan Teah (nasib dekat ja rumah) pukul 9.45 pagi. Bila keluar sekolah, orang tengok kami macam kami ni ponteng. Tak boleh save juga, Ticer kata, guna ja video lagi satu sebagai back up. Petang tu, kami tak balik dan tak mandi, tukar baju dan siap. Dah biasa rasa tak mandi ni, tambah tambah dekat kem yang 1 minit ja bagi mandi. Memang tak mandi lah. Lepas siap, kami pi meja pendaftaran, ada Aina dengan Lissa. 

Ainun, anak cikgu Man.
Kami buat surprise untuk senior, kami pakaikan masquerade. Kami ada partner masing masing. Sebelum tu, kami tunggu senior, kami ada depan bilik pengawas.



Waktu ada depan bilik pengawas, nampak ramai gila manusia depan pejabat. Tak cam lagi muka, bila datang dekat, baru perasan. Senior kena cabut satu nama untuk jadi partner masa jalan. How sweet lah. Hahaha. Cantik.


Dan dapat pakai kan masquerade untuk kak Tang Hui Qi

Senior hug teacher sambil tengok video.
Jadi, saya kena buat video sebab saya exco dokumentasi. Alhamdulillah menjadi dua dua video walaupun ada masalah sikit.


Waktu tengah selfie dekat photobooth, ticer suruh form four kumpul dekat meja depan, dan ada kek SR. Birthday kak long (Kinah) sebelum event. Jadi kami suruh dia pi jalan jalan dan bila dia datang dekat meja, kami nyanyi lagu. (BFFUID bila nak buat macam ni XD)


Sebenarnya photobooth ni, saya cuma suggest ja dalam group. Nak terima ka tak, tak kisah, tapi alhamdulillah depa terima. Sebab saya selalu fikir, event apa apa, lepas makan depa suka selfie. Jadi nak nampak menarik, tambah lah photobooth. Saya dan catwalk ketua untuk photobooth.

Princesses prefects , form four prefects & princes prefects.
Catwalk.
Form four prefects untuk perempuan, kami pakai tudung purple. Nak bagi nampak kelainan katanyaa.

Susah sebenarnya jadi pendek ni. Kena halang kalau time selfie dan kena jengket.


Yang ni, kami plan buat musical chair untuk form five. Tak tau sapa yang menang sebab makan kek dan kalut bungkus makanan untuk bawa balik. k hahahahaha.


Waktu hari guru haritu, depa ada tangkap gambar dekat kad gergasi yang kami buat. Saya nak ambil kad tu, tapi depa nak ambil gambar. Saja buat ramah, kata dekat depa, 'cantik tak kad ni?' dan depa pun, 'cantik, macam kakak.' ouch hahahahaha (nak ambil hati lettew) lepas dari tragedi haritu, depa selalu senyum kalau jumpa dan tegur Emm, depa baru form 1 tapi tinggi. Emm.


So, ini doorgift yang kami bagi untuk pengawas.


Tahniah form four prefects. We did it (nyanyi lagu dora) Rasa macam bangga sebab dapat handle event macam ni. Meriah. Icecream oreo tu tak dapat dilupakan. Tahun depan, tak kalut dah kita, datang dan makan ja. Goodluck untuk SPM!