02 November 2015

Prefect's Annual Party 2015

Assalamualaikum.


15/10/2015 (Khamis) finally form four prefects berjaya handle prefect's annual party untuk prefects batch '98. Theme untuk party ni 'Prince and Princess' Sehari sebelum party ni, cuti sempena awal muharam, dan kami semua prepare untuk hari keesokannya. Ticer Sal tengok video dan dia suruh selit sikit gambar. Malam tu tambah gambar dan tak boleh save. Jadi video tu letak dalam pendrive dan save dalam laptop Bella pagi Khamis nanti. 

Bila tiba pagi Khamis, perasaan kami macam macam ada. Nervous, excited, bercampur. Pagi tu nak save video, tapi tak boleh. Ya Allah, Allah ja tau perasaan tu macam mana. Terpaksa balik jalan kaki dengan Teah (nasib dekat ja rumah) pukul 9.45 pagi. Bila keluar sekolah, orang tengok kami macam kami ni ponteng. Tak boleh save juga, Ticer kata, guna ja video lagi satu sebagai back up. Petang tu, kami tak balik dan tak mandi, tukar baju dan siap. Dah biasa rasa tak mandi ni, tambah tambah dekat kem yang 1 minit ja bagi mandi. Memang tak mandi lah. Lepas siap, kami pi meja pendaftaran, ada Aina dengan Lissa. 

Ainun, anak cikgu Man.
Kami buat surprise untuk senior, kami pakaikan masquerade. Kami ada partner masing masing. Sebelum tu, kami tunggu senior, kami ada depan bilik pengawas.



Waktu ada depan bilik pengawas, nampak ramai gila manusia depan pejabat. Tak cam lagi muka, bila datang dekat, baru perasan. Senior kena cabut satu nama untuk jadi partner masa jalan. How sweet lah. Hahaha. Cantik.


Dan dapat pakai kan masquerade untuk kak Tang Hui Qi

Senior hug teacher sambil tengok video.
Jadi, saya kena buat video sebab saya exco dokumentasi. Alhamdulillah menjadi dua dua video walaupun ada masalah sikit.


Waktu tengah selfie dekat photobooth, ticer suruh form four kumpul dekat meja depan, dan ada kek SR. Birthday kak long (Kinah) sebelum event. Jadi kami suruh dia pi jalan jalan dan bila dia datang dekat meja, kami nyanyi lagu. (BFFUID bila nak buat macam ni XD)


Sebenarnya photobooth ni, saya cuma suggest ja dalam group. Nak terima ka tak, tak kisah, tapi alhamdulillah depa terima. Sebab saya selalu fikir, event apa apa, lepas makan depa suka selfie. Jadi nak nampak menarik, tambah lah photobooth. Saya dan catwalk ketua untuk photobooth.

Princesses prefects , form four prefects & princes prefects.
Catwalk.
Form four prefects untuk perempuan, kami pakai tudung purple. Nak bagi nampak kelainan katanyaa.

Susah sebenarnya jadi pendek ni. Kena halang kalau time selfie dan kena jengket.


Yang ni, kami plan buat musical chair untuk form five. Tak tau sapa yang menang sebab makan kek dan kalut bungkus makanan untuk bawa balik. k hahahahaha.


Waktu hari guru haritu, depa ada tangkap gambar dekat kad gergasi yang kami buat. Saya nak ambil kad tu, tapi depa nak ambil gambar. Saja buat ramah, kata dekat depa, 'cantik tak kad ni?' dan depa pun, 'cantik, macam kakak.' ouch hahahahaha (nak ambil hati lettew) lepas dari tragedi haritu, depa selalu senyum kalau jumpa dan tegur Emm, depa baru form 1 tapi tinggi. Emm.


So, ini doorgift yang kami bagi untuk pengawas.


Tahniah form four prefects. We did it (nyanyi lagu dora) Rasa macam bangga sebab dapat handle event macam ni. Meriah. Icecream oreo tu tak dapat dilupakan. Tahun depan, tak kalut dah kita, datang dan makan ja. Goodluck untuk SPM!