Assalamualaikum.
Ustazah Nik pulak ialah ustazah yang paling sporting gila. Ustazah Nik bagi saya, dia suka bagi quotes tersendiri, dia akan bagi quotes yang ada kaitan dengan apa yang ajar. Example, sebelum exam PT3, kami buat ulang kaji apa semua, then ustazah cakap, 'Bayangkan ulang kaji ini seperti kita buat ibadat. Kita baca yasin dekat masjid sebab dah nazak. Lepastu kita masuk dewan umpama masuk alam barzakh. Apa yang kita ulang kaji tu, amalan kita. Soalan PT3 itulah soalan kubur.' See? Ada banyak lagi, tapi malas nak tulis actually --"
Ustazah kata, 'Kita zikir pon boleh buat lagu Korea, gangnam style *zikir sambil menari gangnam*, boleh buat lagu hindustan *zikir sambil buat lagu hindustan*' Macam2 ustazah buat. Ustazah ni suka buat lawak. Lawak dia memang lawak. Even sometimes kata2 dia menusuk ke peparu, tapi tak pernah pon nak benci dia. Dia kata, kalau terasa, tu maksud dia, hati kita masih hidup.
Ustazah layan ja perangai kami. Haa! Waktu saya nak tutup pintu kelas, saya tutup pintu depan ja, pintu belakang tak tutup, then Wawa cakap, 'Hang, pintu depan tutup, belakang dak.' Pastu ustazah gelak then kata, 'Umpama pakai tudung tak pakai kain.' Ustazah, ajar lah kelas saya tahun ni. Jangan ajar kelas teknologi. Hmm. Nanak ustazah ajar jugak.
Ustazah taknak tangkap gambar ritu.
Ada lagi lepas ni. HAHAHA.