16 January 2015

Sixteen.

Assalamualaikum.

Sepatutnya rindu tu ada sambungan part dia lagi tapi disebabkan dah start sekolah dan sangkaan pertama saya ialah mesti tak banyak homework. Tetapi ... sangkaan saya salah, kerja sekolah banyak --" Cikgu cakap duduk kelas sains kena banyak berkorban. Tak boleh main2. Kena fokus banyak. Kena study banyak. Kena hafal banyak. Ya dan semuanya banyak. Lagi setahun setengah lagi, sabaq sat. Seminggu sekolah ni tak pegang fon. Kalau pegang tengok jam, guna komputer kalau ada apa2. Memang jarang on ig, twitter, fb dan blog. Tapi takdak sapa baca, so who cares. Kahkahkah. Dan ni pon baru siap sejarah dan guna komputer sepuasnya. Essay bi dengan bm tengah tunggu. Lepasni busy dengan homework dan aktiviti koko.

Dan dari saya sekolah rendah sampai tahun lepas tak pernah duduk tepi tingkap. tak pernah sekelas dengan Nad, tak pernah duduk dalam kelas hanya 26 orang *tu pon ada orang nak masuk KV dan pindah kelas sebab takut tak boleh bawak subjek2 tertentu*. Dan ramai orang kata kat saya, duduk dalam kelas tu dulu, belajar dulu, kalau rasa susah memang benda tu akan jadi susah. Fikir benda tu senang dan kena study banyak. Hidup makin lama memang makin susah, mana ada makin senang. Dan ramai cikgu2 cakap, result PT3 tu tak menunjukkan masa depan cuma bagitau aliran apa yang students ambil.

So my life since start sekolah ialah macam biasa pergi sekolah. Setiap petang buat homework dan terpaksa tahan mata dari tidur. Malas nak tangguh macam tahun sebelum ni. Buat semua siap. Then malam tidur awal. Dan keesokkanya macam tu kecuali hari Khamis. Waktu petang tu free nak buat apa pon. Tapi buat jugak homework sikit. Malam hari Jumaat dengan Sabtu study sikit. Dan seterusnya berlaku seperti itu sampai ... entah bila.

Sometimes ada study group, sama ada kat sekolah atau kat rumah. And yes, tak sama kelas dengan budak elit, depa ramai dok kelas teknologi. Lepastu mulalah sesi perli memerli, 'Untunglah kelas sains.' 'Dia dah sombong.' 'Kami kelas sastera ja.' Rasa macam nak lempang ja budak macam ni. You know what, semua kelas sama ja. Depends pada diri sendiri, nak study atau tak. Sombong? Dah kelas tak sama, macam mana jumpak selalu? Setiap hari nak saya pergi kelas then cakap hai? Erghh, matured please. Okay abaikan. Budak teknologi belajar LK, jadi saya stalk semua budak LK dekat wc then what's up depa 'Budak Pizza' HAHAHA. What the ... Dan tadi chat dengan Pea, saya type punya panjang dia cuma balas emo ja, then dia cakap 'Budak LK belajar lukis, tak bina ayat.' Saya hanya mampu balas *speechless*. 

Hmm2, tu ja kot. Malas nak letak gambar sebab malas nak tunggu gambar upload punya lama. Dan mengantok. Dan ermm2, k bye. Tak baca pon tak pa. Kahkahkah.

12 January 2015

Rindu (Part 4)

Assalamualaikum.

Dah lain kelas sekarang, rindu dekat Zuu dengan Ain yang jadi jiran dalam kelas. Kalau saya dnegan Ain nak tampar Zuu, mesti Zuu dok diam lama, then dia angkat tangan, buat avatar. Semua panggil dia avatar. Tak habes2 dengan avatar dia. Yang Ain pulak suka tidor dalam kelas. Sapa yang duduk tempat dia kalau dia tak datang, mesti mengantok. Ain letak badi woii. Hahaha. 

Ain, Zuu & Min.
Hani pulak dia sepatutnya form 2, tapi dia form 3. Dalam kelas, dulu tak rapat pon dengan dia, tapi tetiba rapat tak ingat bila. Hani ni tak boleh dipisahkan dengan kasut. Kalau main bola sepak, dia nak tendang bola, mesti kasut dia yang tercabut *Hani, aku tulis ni pon tergelak* Haritu pi jog dengan dia, dia jalan, lepastu basah, dia jalan macam mana tah, kasut dia tercabut kena belakang saya. Nasib tak basah teruk --" Lepastu waktu nak balik jog, Hani tanya, 'Wey, aku ada tertinggal apa2 dak?' Then saya jawab, 'Ada, hang tertinggal hati hang kat aku.' Start dari situ, kelas 3 Elit mula jiwang. Dan Hani selalu kena dengan saya dalam wechat. Tambah2 kalau dia tukar dp. HAHAHA. Percayalah Hani, aku memain ja --"


Hai Hani :p
Then, rindu dekat Wawa dengan Pea yang suka menyanyi macam2 lagu. Nyanyi lagu tapi ubah lirik. Dan apa yang paling best, Pea mengaku yang saya comel. Maigad! Hahaha. Even depa annoying, sometimes, tapi depa, tak tau nak cakap --" Suka sangat cakap benda2 merapu. Selalu sangat rajin tolong cikgu. 'Tolong' ya. Wawa nak jadi polis, entah dapat ka dak. Hahaha, aku doakan hang dapat, sebab hang memang layak. Dan Pea, moga dapat jadi doktor pakar bedah. Hahaha. Sebab kita bffuid. Kita 3 orang ja --"

Min, Pea & Wawa. Gambar ni menipu duh --" Putih.
Rindu dekat yang lain jugak. Tambah2 Dipah. Sori Dipah sebab selalu gaduh. Selalu ejek bulat. Hahaha. Selalu lawan, selalu markah tinggi dari hang. Terima kasih sebab selalu bawak bekal, makan dalam kelas, nampak cikgu, bawak sorok. Lepastu Syazana, sori duh sebab kami selalu panggil tauge. Salah hang jugak, sapa suruh waktu ERT haritu hang cerita macam2. Hahaha. Waktu tengah jahit, Zana cerita yang dia masak tu, masak ni, lepastu Dipah, lepastu orang lain. Lepastu Zana cerita dia masak letak tauge, lepastu cikgu dengaq, cikgu panggil tauge. Hahaha.

Kalau main bola sepak, kalau tendang, tak masuk goal pon kita sorak jugak. Kita jalan pi mana2 pon hingaq, naik tangga pon hingaq, pi kantin pon hingaq, pi surau pon hingaq, pi sekolah ramai2 then beratur sebab nak bagi nampak ramai, nak lintas jalan pon hingaq, makan pon hingaq, jahit pon hingaq, crush sapa2 lalu hingaq, dok saja pon hingaq. Ya Allah, rindunya semua tuuuu. Tahun ni takdak dah hingaq tu. Tak boleh nak buat bising. Tak boleh nak main tomato dengan hampa, tak boleh nak gelak kuat2 dengan hampa, tak boleh nak jerit2 dengan hampa. Cikgu cakap takdak honeymoon dah. Hampa dok dalam kelas tekno jangan dok bahagia tanpa aku. Jangan buang group dalam wechat. Nanti waktu ada acara apa2, kita dok sama2 eh?

Kita 10 orang pon boleh jadi. Hahaha.
Lepas pj dengan depa, mesti gelak banyak sampai rasa macam baru lepas menangis. Sebab ... tau dak kalau lepas nanges macam mana --" Bukan ngantok, tapi penat macam mana tah. Susah nak describe --"

11 January 2015

Rindu (Part 3)

Assalamualaikum.

Lepas ni sapa pulak eh? Haa! Cikgu Jamaludin, cikgu Sharifah, cikgu Anis dengan cikgu Mazlan. Cikgu Jamaludin suka buat kuiz untuk kami. Buat pertandingan. Kami buat pertandingan macam2, dua orang pi kat depan, then cikgu bagi situasi kami kena tanya soalan kat orang depan kita, orang depan tu sama ada kena jawab atau tanya soalan. Isfa menang duh. Macam mana dia boleh tahan tah. Lepastu dapat duit. Cikgu Jamaludin kalau dia masuk first dia akan buat, check sampah. Sapa yang tugas. Haritu pernah sekali saya tak tugas, kena sapu sampah dengan orang yang buang sampah. Baru nak duduk, cikgu suruh semua kena bangun sebab nak tanya soalan --" Cikgu, gambar saya dengan cikgu ritu takdak --" Time nak update blog hilang.

Cikgu Sharifah dengan cikgu Mazlan, ajar math. Kami suka cikgu Sharifah sebab suara dia. Comel ja. Hahaha. Cikgu Mazlan? Dia ajar kejap ja, sebab dia busy kot, lepastu suruh cikgu Sharifah ganti. Cikgu Anis pulak, kami suka perfume dia. Kalau dia dalam kelas, kami dok dekat tangga, mesti kami tau dah tu cikgu Anis, sebab perfume dia. Wangi gila. Hahaha. Tapi dia suka buat kerja kalot sikit. Bukan kalot nak cepat tu. Time buat kerja khusus PT3 geografi, mesti dia cepat sampai tak boleh pick up. Lepastu lempar kertas sikit. Pegang kepala dan tengok ja. Itulah saya, Zuu dan Ain. Hahaha.

Tecaher Tan *bagi set 3 cemerlang BI*. Jujur, rindu gila. Suara dia kalau dia marah Amar comel ja. Cara dia cakap melayu. Cara dia ajar. Cara dia ... suka. Haha. Dia selalu pegang tangan Ana sebab Ana tangan dia suka melebihi meja, Ana pon peluk tangan saya --"


Habes cakap pasal cikgu. Ambek cikgu fav ja. Hahaha.

10 January 2015

Rindu (Part 2)

Assalamualaikum.

Ustazah Nik pulak ialah ustazah yang paling sporting gila. Ustazah Nik bagi saya, dia suka bagi quotes tersendiri, dia akan bagi quotes yang ada kaitan dengan  apa yang ajar. Example, sebelum exam PT3, kami buat ulang kaji apa semua, then ustazah cakap, 'Bayangkan ulang kaji ini seperti kita buat ibadat. Kita baca yasin dekat masjid sebab dah nazak. Lepastu kita masuk dewan umpama masuk alam barzakh. Apa yang kita ulang kaji tu, amalan kita. Soalan PT3 itulah soalan kubur.' See? Ada banyak lagi, tapi malas nak tulis actually --" 

Ustazah kata, 'Kita zikir pon boleh buat lagu Korea, gangnam style *zikir sambil menari gangnam*, boleh buat lagu hindustan *zikir sambil buat lagu hindustan*' Macam2 ustazah buat. Ustazah ni suka buat lawak. Lawak dia memang lawak. Even sometimes kata2 dia menusuk ke peparu, tapi tak pernah pon nak benci dia. Dia kata, kalau terasa, tu maksud dia, hati kita masih hidup.

Ustazah layan ja perangai kami. Haa! Waktu saya nak tutup pintu kelas, saya tutup pintu depan ja, pintu belakang tak tutup, then Wawa cakap, 'Hang, pintu depan tutup, belakang dak.' Pastu ustazah gelak then kata, 'Umpama pakai tudung tak pakai kain.' Ustazah, ajar lah kelas saya tahun ni. Jangan ajar kelas teknologi. Hmm. Nanak ustazah ajar jugak.

Ustazah taknak tangkap gambar ritu.


Ada lagi lepas ni. HAHAHA.

09 January 2015

Rindu (Part 1)

Assalamualaikum.

Like seriously, rindu yang amat dekat kelas 3 Elit. Kelas yang paling sporting. Lelaki perempuan sama ja --" Suka membatakkan diri. Suka buat hingaq. Suka nyanyi dalam kelas. Suka buu kat orang. And I still remember, ada sorang budak laki dalam kelas, he is new student. Dia pendiam. Then dalam bulan 4 macam tu, dia tak datang sekolah sampai sekarang. Nama dia Zairi. Kalau cikgu2 tanya pasal dia, kami satu kelas jawab benda sama, 'Zairi tu sapa cikgu?'. Then gelak. Pfftt ._. Kami ada buat origami baju dan tulis nama then gantung. Nama Zairi sorang ja kena sarang labah2. Apakah petanda itu? HAHAHA. 

Lepastu kita ponteng kelas sama2 lepas ujian mendengar. Waktu tu sejarah. Kita pi library. Teruknya lahaiii. Then cikgu  Rosmizi kata, 'Besalah, nak dekat exam ni macam2 jadi.' Terima kasih cikgu sebab tak marah. Hahaha. Then ada time sejarah, kita nampak cikgu nak naik kelas *kelas dapat tengok blok bawah, bilik guru* then Daniel bagitau satu kelas, kita ambek buku, buat2 baca. Pastu cikgu cakap, 'Saya silap kelas ka ni?' Hahaha. 

Lepastu time semua form 3 busy dengan kerja khusus Sejarah dengan Geografi, time sejarah, Isfa nak keluar fotostet tapi takdak pas, cikgu Rosmizi kata, 'Pi ja, kalau jumpak cikgu Lan bukannya dia buat apa, rotan ja.' Then Isfa dengan Hani keluar lah. Tiba2, Hani masuk sorang sambil buat muka cemas, semua tanya Isfa mana? Tiba2 nampak Isfa lalu sambil nangis. Dia kata kasut dia kena ambek dengan cikgu Lan. Muka cikgu Rosmizi cuak. Rupanya Isfa bohong --" Biadap. Maaf cikgu Rosmizi sebab selalu kena dengan kami.

Cikgu Rosmizi suka luku kepala. Tapi best. HAHAHA. Tak dapat jawab dengan cepat mesti kena. Sama ada luku atau rotan. Tapi selalu baris saya tak kena sangat. Sebab baris saya semua perempuan. Jadi kalau ada setengah perempuan kat barisan tengah, mesti kena. Kalau nak selamat, duduklah baris yang semua perempuan.

Alaa, takdak gambar dengan cikgu Rosmizi. Hmm, takpa, nanti tangkap gambar sesama eh cikgu? Okay, takdak kaitan pon gambar ni sebenarnya --" Tapi dah rindu. HAHAHA.


Habis cerita pasal cikgu Rosmizi. Lepas ni pasal cikgu lain pulak .__.

08 January 2015

Hai 2015.


Assalamualaikum.

Still sempat lagi kan nak wish new year? Tahun 2014 ialah tahun yang paling banyak saya mengeluarkan air mata. Tahun ni mengajar saya erti kesabaran, kesyukuran, kekuatan, persahabatan, ujian dan sebagainya. When I feel like I'm a lonely cute girl, but then I realized, I've Allah, my family, my seniors and of course my BFFUID. I feel like, Ya Allah, terima kasih sebab hantar orang2 yang always be with me, when I feel very down, disappointed, tak yakin dengan diri sendiri, sedih yang amat, gembira, excited and whatever. Stay with me. And love me. Hahaha. Okay. 


Hai 2015. Hai form 4. Hai SPM. Hai KBAT. Hai emm, semua.