21 September 2015

Pantomim.


Assalamualaikum.

Sebelum nak cerita hari hari yang kami practice untuk pantomim, mai nak defines dulu maksud dia. (Guna google ja) 

"Pantomim adalah satu persembahan (drama) yang dilakonkan oleh pelakon tanpa suara. Pelakon hanya menggunakan gerakan tubuh dan mimik wajah sebagai dialog."

Tapi kan, ni tak lah macam pantomim, tapi dia macam pantomim lah. Kami gunakan music sebagai ganti dialog. Jujur, penat dia, Allah ja yang tau *fake smile ciked*

- Before the pantomim

Tak ingat bila, waktu tu dari surau nak naik kelas, catwalk terserempak dengan ticer Chandra dan kami membiarkan mereka berbicara. Waktu minum air, catwalk naik atas kelas dengan penatnya dan buat announcement. (*clap clap* Ticer Chandra cakap, dia nak kita masuk pent apa tah, susah nak sebut sempena penutupan bulan kemerdekaan. Kelas kita combine dengan kelas 4s1. Untuk kelas kita, aku ketua, untuk kelas sebelah pula, Bella ketua. Ada sapa sapa nak masuk dak?) Dan ramai yang tak nak masuk termasuk Nad, and I was like ... Nad jomlah masuk. Dan dia tetap dengan keputusan dia. Alhamdullilah, tak tau lah macam mana dia ubah fikiran dia, dia masuk juga.

- First meeting

First meeting dekat perhimpunan lepas rehat. Ticer Chandra explain semua semua tu, ambil sebahagian students 4t. 4eko1 dan 4eko2. Lepas agihkan watak dan perwatakan dan jalan cerita, kami naik kelas macam biasa.

- First day practice

Semua pelakon ada, jadi kami mulakan cerita dan cikgu Rohmah datang tengok. Dia suruh kami stop berlakon dan panggil beberapa pelakon dan jalan cerita diubah. Waktu sembang dengan Nad (tidur atas bahu Gha sebenarnya, tak sembang pun) Alia panggil dan kata, 'Cikgu Rohmah nak orang yang reti edit music, kami panggil Namin.' Dengar lah cikgu Rohmah, cikgu Wan, cikgu Syikin dengan ticer Chandra cakap pasal jalan cerita. Dari panjang, tinggal pendek. Lepastu kami buat bulatan, dan ya, ada rombakan watak. Dan azan, dan kami balik -.-

- Second day practice

Sebelum hari kedua ni, hari Sabtu dan ramai yang tak dak sebab depa baru balik dari Alor Setar. Kami practice tanpa depa, dan ada music. Semua cikgu sejarah ada kelas latih tubi haritu, dan cikgu Rohmah turun dekat perhimpunan dan tengok kami berlakon. Dia suruh stop dan ubah sikit jalan cerita. Dan kami practice lagi dan lagi dan balik.


- Third day practice

Hari sebelum tu hari Isnin, sepatutnya berlatih tapi hujan lebat dan tak dak sapa yang datang. Hari selasa hari yang paling memenatkan. Kami yang pantomim tak tau nak pi yang mana sebab pukul 12, ada ceramah. Cikgu Hasni yang buat ceramah tu. Kami nak pi ceramah tu. Then cikgu Hasni cakap, yang ceramah tu untuk kelas kelas yang tak dak cikgu. Rehearsal pukul 12, sebelum pi dewan, pi bilik guru sebab nak pinjam laptop cikgu untuk audio, guna pendrive saya. Mula mula pi dekat cikgu Wan, lepastu ada, tapi tak dak sound, pi dekat komputer pula, ada juga, tapi tak dak sound, letak pendrive dekat laptop cikgu Rosaini pula, hilang semua. Dah mula gabra sebab dalam tu ada folio akaun. Pi dekat dewan sebab semua cikgu dah ada dekat situ. Saya dengan nad kena marah dengan ticer sebab datang lambat, kesian dekat nad lah sebab dia ikut, dia kena marah. Takpalah, benda dah jadi. Lepastu pi dekat cikgu syikin, dalam laptop cikgu pun tak dak, memang gelabah. Lepastu cikgu man kata, dalam laptop memang tak dak, pendrive ada lagi. Lega lah dengar. Minta laptop kat cikgu mizi pula, sebab haritu boleh, tapi tak boleh. Ulang alik sampai tak duduk, kesian dekat nad sebab berlakon sorang. Lepastu pukul 2, balik dengan cikgu wan, balik rumah dia dan balik rumah saya. Transfer balik dalam pendrive. Memang penat dia haritu, tak terkata sampai nad cakap mata tak cukup tidur. Lepas dapat lagu dan practice, ada lagu yang pendek dan tak sesuai. Kena ubah lain, nasib sempat sebab Rabu tu cuti. Khamis nak kena present dah.



Banyak skip hari practice sebab ada yang tak perlu sangat pun. Jadi next entry, saya cerita pula hari yang kami present tu *peace emoji*

03 August 2015

Happy Eid Day #2

Assalamualaikum.

Raya dekat sekolah tahun ni tak boleh bawak fon. Tapi takpa, iolss okay ja. Sebab kami (4s2) dah sepakat dengan cikgu2 nak selfie dekat fon cikgu. Lewlsss sangat. Then, lepas selfie kat fon cikgu, kami buat gp ws and invite semua cikgu yang kami selfie. 

Jadi kalau ada event apa2 dekat sekolah yang pakai baju selain dari baju sekolah ni, memang selalu kumpul dekat rumah then jalan pi sekolah buat macam jalan tu kami punya. Dari last year lagi. Tapi last year lagi meriah bakhang XD Okay, rindu last year. K. 

Before thatttt, nak bagitau yang catwalk suruh guna b612. So, install sebab dia ja lah. Kalau dia tak dak, uninstall. Tak guna camera tu sebab fake dia teruk yang amat --" rasa macam cantik gila nak habaq ni.


Bak kata catwalk, "Budak2 akaun meh kita selfie dulu." And Gha be like, okay, aku sorang ja bio, yang lain lk XD 

Then, bila dah sampai sekolah, kami pi perhimpunan, macam biasa hujung bulan baca yasin. Lepas baca yasin, ada subject chemistry. Sehari sebelum jamuan kat sekolah, kami macam, 'cikgu, esok pakai baju raya, tak boleh buat eksperimen, nanti baju raya terbakar.' dan cikgu balas balik, 'saya pakai baju raya setiap hari tak terbakar pun.' Dan kami berdua naik tangga sambil berhuhuhu. 


Dan disebabkan students pakai baju raya dan cikgu Mai macam budak sekolah, kami nak kira berapa orang yang datang, terkira sekali dengan cikgu. Okay, mohon gelak.


Oh, yang ni paling best. Cikgu bm, cikgu NorRizah bagi fon dia, dan kami selfie guna monopod sebab depa suruh bawak. Pfftt. Dan kami pulun cari angle yang cerah dan selfie, maaf cikgu sebab memenuhkan memory XD


Cikgu Farah pun macam students jugak. Dia pun kata macam tu, 'saya rasa kalau saya tak bawak handbag ni, nampak macam students.' sambil bawak sorok handbag.


Tak dapat nak terima kenyataan yang depa ni tinggi. Emm *stared to the moon*





And this is my fav girls. Sapa yang rajin up to date dengan blog since last year, tau lah betapa gilanya budak2 kelas 3 elit last year even Nad sesat sorang ja kat situ (last year dia 3 cemerlang). Alhamdulillah lah, depa ni kelas lk dan kami semua rapat balik even kelas tak sama sebab waktu ugama, kelas account dengan lk combine. Then dah rapat dengan depa, memang gila.

Lepas habis belajar, around pukul 11.20 macam tu, nad, catwalk and me volunteer tolong cikgu Mazlina handle makanan (nasi ayam). Waktu tengah sedia makanan, students lain ada ceramah. Waktu dah siap prepare, cikgu emm lupa cikgu apa, suruh kami makan dulu. Okay, set dengan budak2 lk, ambil makanan then makan dekat surau. Waktu habis makan, ada sesuatu yang buruk terjadi, ayam dari pinggan jatuh dan depa pun macam, 'Namin! Ayam hang' *sambil gelak dan menunjuk ayam depa* cis, tak guna. Tapi takpa, dalam hati ni sabar ja.

Lepas habis makan, tolong cikgu dan budak2 datang ambil makanan dengan sopan. Sopan k sopan. Trust me.


Okay? Okay XD Rasanya Zuu tolong snapkan. Candid orang lain cantik, kenapa candid diri sendiri tak pernah cantik *wonder*



Sebab Daniel ni sepupu Zuu yang kami kenal. K. Dan kami selalu selfie dengan dia. Dan dia baru form 1 tapi dia tinggi. Takpa, sebab dia lelaki. Takpa Namin, takpa.


Lepastu depa tunggu parents depa mai ambil dekat rumah, kami selfie, dengar lagu, gelak and so on. *nak tulis and, tertypo nad. k* lepastu tunggu Pea balik, kami pi rumah Farah. Dia kata mak dia buat makan2, kami pi ja lah. But, the truth is, family dia tak dak, dan dia takut --" jadi kami makan apa yang ada, lepas makan, mengantuk jadi tidurlah kejap. Waktu tengah tidur, depa tengok MLM, tapi terdengar macam orang tangkap gambar, bila bangun, Nad macam, 'hai namin' *sambil tunjuk gambar orang tidur* T_T

Lepas tu, kami balik rumah semula dan tunggu Gha, Nad & catwalk balik. Lepas Gha balik, Nad pulak. Then mama catwalk mai, mama catwalk kata, 'jom pi tesco, satgi makcik hantar balik' And I was like, 'eh tak payah lah makcik.' dan mama catwalk & catwalk pujuk. Then pi lah mintak permission dekat mak, mak pun bagi. Malu gila kot. Hahahaha.

Catwalk nak pi tesco ni sebab sehari sebelum jamuan, dia beli kasut flat, orang tu bagi kiri kiri, bukan kanan kiri. Jadi dia nak pi tukar. Rezeki kot haritu, catwalk belanja waffle. Lepastu mama catwalk jumpak jiran dia. Jiran catwalk belanja kami kfc dan catwalk kata, 'berkat kesabaran hang sebab ayam hang jatuh, Allah ganti dengan ayam kfc terus.' Alhamdulillah *gigi arnab* Dan kami pun orang yang last tukar baju dan mandi apa semua. Hahahaha.


Terima kasih catwalk, okay lah lepas ni aku update pasal hang dekat blog aku. Nad dah post kan, nanti aku pulak. Tapi ann, sebab kasut hang tertukar haritu, hang pakai heels, sebab tu hang tinggi dari aku. Fact dia, aku lagi tinggi *Flip shawl*

:: Selamat Hari Raya ::