27 December 2014

Still counting ...

Assalamualaikum.

"Macam mana boleh dapat nama BFFUID?"
"Dalam BFFUID ada berapa orang?"
"Mana BFFU apa tah? Susah sangat nak sebut."
"Hampa tak pernah bergaduh ka?"
"Hampa selalu h/o? Nampak macam terlebih sosial."

And my expression :

Soalan yang kekadang sama, dan rasa malas nak jawab. Jadi saya jawab sini eh? 


Masa form 1, kami semua berlainan kelas *sampai sekarang actually* dan sorang lagi budak air merah (Fina). Hmm, dalam kelas cemerlang ada 5 orang (Arie, Baby, Zaf, Pea & saya), kelas bestari 3 orang  (Nad, Gha & Ana) dan kelas elit sorang (Wawa). Nak dijadikan cerita, entah macam mana, kami 5 orang boleh rapat. Dan saya kalau cakap, selalu kepakkan kepala, dan jangkit dekat 4 orang tu dan kami panggil diri kami 'Geng Kepak Kepala'. Lepastu, saya selalu dengar orang asyik cakap 'BFF' ja, nampak macam simple sangat, jadi saya cuba tambah 'AE', jadinya 'BFFAE - Best Friends Forever And Ever'. Then, dalam bulan 8 macam tu kot, ada jamuan raya dekat sekolah, Arie *leader BFFUID*, tiba2 dapat nama 'BFFUID - Best Friend Forever Until I Die'. Lepastu kami 5 orang jadi rapat dengan budak kelas bestari. Kami 8 orang pon jadilah BFFUID.


Masa form 2, kami terpaksa berpisah, kelas cemerlang 3 orang (Arie, Gha & Ana), kelas bestari saya sorang *ouch! sedihnya*, kelas elit ada 5 orang (Nad, Zaf, Pea, Baby & Wawa). Hmm, Fina masuk dalam BFFUID sebab dia main kakaotalk dengan Gha & Nad. Wawa pulak, masuk sebab dia peramah walaupun kasar *Nad kata*. At first, saya tak berapa rapat dengan Fina dan Wawa even ada group dalam FB. Then, lepas ayah beli fon, terus buat wechat dan communicate dengan Fina dan ada group BFFUID. Rapat dengan Wawa pulak sebab kami jadi pengawas. Jadi dalam BFFUID ada 10 orang.


Masa form 3 (sekarang) kelas cemerlang ada 5 orang (Nad, Gha, Arie, Ana & Baby), kelas bestari ada sorang (Zaf) dan kelas elit ada 3 orang (saya, Pea & Wawa) *kalau hampa perasan, setiap tahun mesti terbalik*. Dan kami biasa2 saja. Nak cakap macam mana lagi ya --" Adat kawan, mesti bergaduh. Bergaduh perkara biasa, kalau gaduh dekat wechat, dekat sekolah memang tak tegur dan akan berpecah buat 2 group. Ikutlah nak masuk group mana. Hahaha. Tapi tak selamanya bergaduh, mestilah berbaik semula. Waktu gaduh memang sakit dan akan menangis setiap malam. Orang kata, "Putus kawan lagi sakit dari putus cinta." Bagi saya pasal putus kawan, ya. Tapi putus cinta, tak tau. Sebab tak pernah ada boyfriend. Dan tak tergerak hati pon nak ada boyfriend. Dalam BFFUID kebanyakannya tak pernah ada boyfriend. Taktaulah tentang past tense dia *ayat Gha. Hahaha.* Kami cuma crush dekat orang. Bagi Fina, Gha, Nad & Pea, crush depa korea guys. Kalau ada masalah. kami taklah cerita dekat semua BFFUID, ikut masalah jugak. Dalam BFFUID ada 10 orang, dan kami ada partner untuk cerita.


Pasal hangout pulak. Hmm, ya, kami selalu hangout even exam nak dekat. Walaupun kami ni nampak suka hangout, duduk rumah Pea, Nad, padang srs, padang rumah Gha, padang taman saya, rumah saya, rumah Zaf, giant, sekolah --" Kami bukannya buat apa pon --" Kami macam antisosial sikit, sikit ja. Lepak sekali tapi pegang fon. Hahaha. Tak setiap masa macam tu, sembang2, makan2 jugak. Selfie? Setiap kali keluar even tempat sama, mesti selfie. Video pon mesti buat. Kami suka imagine ada bas BFFUID, kawasan perumahan untuk BFFUID siap ada guard lagi, pergi Korea sesama, ada bakery @ cafe BFFUID, macam2 yang kami imagine. Birthday semua BFFUID 23 March dan kami akan sambut sekali. Macam biasa, party ja Nad. Hahaha. Celebrate, makan, selfie, buat macam2. Dekat sekolah, kalau ada taklimat atau apa2 yang duduk tak ikut kelas, BFFUID mesti duduk sebaris, kalau ada banyak space, cikgu suruh salah seorang dari kami dok depan, kami akan suruh orang lain yang duduk. K, teruk.


Macam2 kita lalui. Bergaduh hampir nak berpecah, suka menyanyi, suka jerit, suka apa lagi eh? Suka batak. Hahaha. Lepas update dekat ig mesti chat dalam group suruh like. Kalau letak gambar dekat ig mesti ada ( #BFFUID #AlwaysOT10 #Always10 ) even tak cukup pon 10 orang. Nak kata kami ni sentiasa ada 10. K, kelings. InsyaAllah tahun depan sekolah sama ... kot. Kelas pon sama, insyaAllah. Hmm, rasa takdak semangat nak sekolah tahun depan. SPM rasa dekat yang amat. Sedihnya. Hai KBAT / HOTS.

24 December 2014

Muhasabah diri ♥

Assalamualaikum.

"Langit sedang menangis. Dia selalu tengok maksiat. Umat Islam makin hancur tapi dia tak mampu buat apa. Dia hanya mampu diam dan memendam rasa. Langit takut Allah murka sebab kita. Langit takut Allah murka sebab dosa kita. Tapi langit hanya mampu melihat dan pendam. Sekarang dia tak dapat membendung perasaan. Dia menangis sebab dia nak kita rasa apa yang dia rasa. Jadi janganlah salahkan langit. Kita tarbiyah diri dan pujuk langit." - Hani


Bilamana bencana dan bala Allah turun, janganlah saling menunding jari kepada sesiapa pun. Tetapi lihatlah dahulu diri sendiri dan munasabah. Mungkin ia kerana dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. 

22 December 2014

Mix feeling.

Assalamualaikum.

Okay, semalam tak dapat tidur sebab asyik fikir pasal result. Tidur pukul 2 lebih sambil ada macam2 perasaan. Pagi ni hujan rahmat dan Zafirah kata, "Hujan ni ada petanda kot. Kita menangis kot nanti." Nasib dalam wechat, kalau depan dengan dia memang dah kena. Dan, group dalam wechat macam2 nama depa letak, depa letak "12 jam lagi" lepastu tukar lagi dan lagi. Group lagi satu tukar jadi "tikus makmal 2014". Moment penuh pasal PT3, ig pon sama, twitter lagilah. Nervous aihhh.

Tak dapat describe perasaan sekarang. Ouh ya, terima kasih untuk senior2 (Kak Wani, Kak Intan, Kak Mida, Kak Nana, Ain Nazihah, Kak Meeza, Kak Zidah, Kak Mira, Kak Una & Shahrizal Ikhsan) dan junior2 (Wanie, Piqah, Izwa, Nadia *k tak ingat dah*) Wish untuk result harini. Tambah2 kak Wani yang bagi banyak sangat nasihat dan macam2 dan Shahrizal Ikhsan yang bagi hilang nervous semalam. Terima kasih T__T


"Aku tau hang takut kecewakan mak dengan ayah hang and they will dissapoint on you but kalau betul depa faham effort yang hang bagi untuk dapat A, surely dalam sedih tu ada bangga. No matter what, hang dah cuba sebaik boleh. You should proud of it. Everything happens for a reason. Whatever happens, accept it. Have a faith." - Arie

"Namin dah buat sebaik mungkin. Kalau Namin gagal Namin bukan gagal selamanya. Rezeki Allah luas dan bukan untuk budak Sains ja. Namin kena tawakal dan redha. Namin cuma boleh doa ja. Kak Wani doakan Namin. Namin boleh." - Kak Wani

"Usaha, usaha dah. InsyaAllah Namin boleh dapat yang baik. Tapi kena janji dulu bagitau result dapat berapa. Tak kesah lah, elok ka, tak ka, medium ka, sederhana, kena bagitau jugak. Tapi bagitau kat orang yang penting dulu." - Shahrizal Ikhsan

"I don't care about my feelings, I just worried about my parents. They must be upset and other people gotta be like, (Hey wassup? How about the result?) and my parents be like (Hmm, it was ...) - bitter smile" - Gha

Please don't be busybody person yang suka sangat tanya orang apa semua tu. Don't ask about our result. Better shut up. Erghh --"

15 December 2014

Tawakal.

Assalamualaikum.

Okay yang ni betul T__T

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
 nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

At-Talaq [65:3]

Kita dah doa (bacaan yasin dengan solat hajat) dan usaha (kelas latih tubi dengan soalan dari cikgu). Sekarang tinggal tawakal ja.

" Bila kita dah doa, usaha kemudian kita tawakal. Doa dekat Allah (Ya Allah, aku telah berusaha dan sekarang aku serahkan segalanya kepadaMu.)" -Ustzh. Nik Rohani

Tinggal lagi seminggu. Doa supaya gred menurun. Gagal sekali bukan gagal selamanya. Kena usaha lagi sebab Allah dah ada rancangan untuk kita. Ada hikmah disebalik semua ni. Allah ialah perancang yang terbaik.

Solat fardhu, solat dhuha, solat tahajud dan solat hajat. InsyaAllah, Allah tolong.

#Batch99 #PT3 #PrayForBFFUID