31 January 2014

Peparu

Assalamualaikum.

Cuti2 pon ada hw -_- Semalam pergi rumah Sofea buat eksperimen untuk band 6. Haa! Macam besalah rumah Sofea tu akan hingaq kalau kami datang. Kami tak datang pon dah hingaq rumah tu sebab ada Sofea. Eksperimen ni yang kami buat.
|
|
|
V

Straw tu sebagai trakea, belon tu pulak peparu dan plastik tu diafragma. Kalau kita tarik plastik tu, belon tu akan kembang sama macam kita menarik nafas. Kalau kita lepas plastik tu, belon tu akan mengecut macam kita menghembus nafas. Alhamdulillah, menjadi berat pertolongan Nad, Sofea & Wawa :D
Susah nak buat, yang mana cikgu2 Sains yang ajaq form 3 tahun ni tau. HAHA! Berselerak rumah Sofea tu. Lepas habes buat semua tu, mak Sofea buat pisang goreng. Makasih yaaa :*

P/S : Sakit kaki tak hilang lagi -__-

29 January 2014

Wordless Wednesday #8


Assalamualaikum
Susah nak jumpak kawan yang ada sentiasa di sisi kita tak kiralah waktu susah ataupun senang. Tapi kalau ada kawan yang selalu ada dengan kita tak kiralah situasi dia macam mana pon, kita bersyukur dan tersangatlah beruntung. Jangan abaikan dia. Sebab tu saya beruntung sebab ada BFFUID yang sentiasa dengan saya. (✿◠‿◠)


25 January 2014

3 in 1 (>‿◠)✌


Assalamualaikum

Entri ni hamba gabungkan semua cerita. Tahun ni hamba busy dengan h/w dan macam2 lagi. Jadi hamba terlalu malas nak cerita satu per satu. Oh! Malasnya hamba

|
|
v
Yang ni masa ambek duit RM 100. Before ambek duit tu, Cikgu Rosmizi tanya classmate hamba nak buat apa dengan duit tu. Dia pon menjawab nak beli buku. Cikgu tu kata, kamu akan menyesal beli buku, lebih baik beli benda lain. And I was like -_-. Baju kuning tu anak Cikgu Jamaludin. Nama dia Nihayatul Zafirah. Senior hamba. Tahun ni SPM.

|
|
v
Ni cerita semalam waktu pagi. Hamba dan kawan2 hamba (BFFUID) pergi jogging dekat tasek, disebabkan Rabu ni ada merentas taman. Lagi jauh daripada sebelum ni. Otoke! *kalau tak faham maksud dia, rajen2lah tengok cerita Korea* Hamba terjumpa geng2 Chikideez. Pffftt ._. Menyesal pi waktu tu. Salah sorang geng Chikideez, cerita kat sini

|
|
v
Petang tu pulak dalam pukui 2 macam tu Nad call. Dia kata free dak waktu petang, nak ajak pi kedai Cikgu Zalina nak tanya pasai Sains. Sayangnya, Cikgu Zalina tak dak. Kami lepak dulu dekat kedai tu sambil order ice blend dengan waffle. Lepas tu kami balik, lepak rumah Zafirah. Again. HAHA! Pi rumah dia ja nak snap.  Nad pakai baju wolf 88! Jeles woiii. Tudung merah tu Hannah Nabila. Senior hamba. Dia pon SPM tahun ni.

P/S : Pray for us (✿◠‿◠)

15 January 2014

❤ Stay strong ❤


Assalamualaikum

"Aku nak berubah, aku nak pakai tudung tapi aku takut kawan2 ejek aku kolot. Hmmm"

Biar orang cakap kita pakai baju besar, tudung labuh kolot, kampung. Asalkan baju yang kita pakai tu mulia di sisi Allah. Buat apa cantik depan mata orang tapi tak depan mata Allah. Tak perlu jadi ustazah untuk jadi solehah, cukuplah dengan berubah kerana Allah dan taat pada arahan-Nya. Bila orang kata awak, kutuk awak, jangan kata dorang balik. Senyum, diam dan doakan supaya mereka berubah. Nak berhijrah memang banyak dugaan. Nak jadi jahat sekelip mata ja. Tapi nak jadi baik, macam2 dugaan yang Allah berikan. Itu tandanya Allah mula sayangkan awak. 

P/S : Salam Maulidur Rasul. ✿◕ ‿ ◕✿

06 January 2014

PBSMR

Assalamualaikum


Tahun ni dah form 3. And I was like, rasa macam baru semalam ja form 2. Tahun ni ada PBSMR. And i 'very like' it. Tahun ni semua pakat tak dak semangat nak sekolah. Tahun lepas kalau dengaq cuti sekolah ja, mesti tak mau cuti. Tahun ni rasa macam nak cuti setahun ._.

The truth is : kami malas.

Cikgu kata, tahun ni banyak PBS kena buat. Exam lagi. Nasib PBSMR 4 subjek ja. B. Melayu, B. Inggeris, Sains & Matematik. Tak dak sejarah disitu. Huahuahua! Kami semua lama gila tak bukak FB, twitter *semua laman sosial* Kalau bukak pon ada penting. Kecuali whatsapp. Tu pon kalau rajin. Tahun ni banyak gila h/w ._. Terima kasih cikgu ❀◕ ‿ ◕❀

       Saya berdoa agar ELEENA YASMIN BINTI SHAHARUDIN dapat band 6 dalam semua mata pelajaran.
                                                                           Aamiin. (>‿♥)


01 January 2014

► New year ◄


Assalamualaikum

2013
Awan takkan selalu panas,
Kadang mendung, kadang hujan.
Yang pasti, pelangi menanti selepas hujan.

Kenangan manis akan aku simpan dihati,
kenangan pahit akan aku jadikan pengajaran.
Terima kasih 2013, kau datang membawa
1001 kenangan membuat aku menjadi 
lebih dewasa dalam melalui setiap dugaan.