17 November 2017

University life ๐Ÿค”

Assalamualaikum.

Well, hello November ๐Ÿ‘‹ Nak update ni pun fikir banyak kali tau. Sampai tertanya tanya either nak sambung dengan blog ni or biarkan ja ๐Ÿ˜ญ okay, seperti yang telah dimentionkan dalam post sebelum ni. Saya masuk uni (tak nak mention universiti mana, nanti keluar dekat google image, tengok gambar ja okay ๐Ÿ˜ด)

Hmm, sebenarnya, untuk update blog dekat sana boleh ja. Tapi ... hanya warga di sana sahaja yang memahami betapa lajunya line untuk membuka socmed. Kadang kalau nak balik rumah, mother call pun tak dapat sebab line tak dak. Jadi saya akan pesan dekat mother siap siap, dah sampai pagar, terus mesej. First masuk, saya macam ... okay, mungkin sini okay kot. Nanti lama lama okay kot. So, ya. Saya letak gambar dekat bawah dari 1st sem sampai habis and ada caption dia. (So, mungkin ni post paling panjang yang pernah saya update)


Since belajar dalam kedah jugak, and dekat dengan rumah, waktu pendaftaran, kakak dengan ayah ja yang ikut (ouh, sugar glider kakak pun ada) Dalam fikiran, aduh, macam mana ni, kena dengar nasyid ja ka, kena cakap bahasa arab ka ni (waktu orientasi, fasi cakap bahasa arab, students lain jawab penuh keyakinan, dan saya mampu diam ja, tak faham ๐Ÿ˜ข) kena cakap sopan sopan ka ni, sebab saya pun dari sekolah biasa yang jenis gelak kuat, cakap pun tak cover, pakaian beshe beshe (lol, sorry sebab saya fikir macam ni) ๐Ÿ˜‚ tapi rupanya tak pun, pfftt. Majoriti sama ja macam sekolah biasa. Tapi ada yang betul betul jaga. So, takpalah, lain orang, lain character dia kan. Saya cuba adapt and adopt dengan environment ni. Okay ja sebenarnya ๐Ÿ‘ (maybe tak dak sapa sapa yang saya kenal, memang nak macam ni pun hahahaha jangan triggered dakdak taman kenari)

Ouh ya, kebetulan saya masuk, dalam beberapa hari lepastu puasa. Perghh, mencabar betul bila puasa tak dak family hahahaha. Dengan ada hasutan hasutan comment dekat instagram yang cakap puasa dengan family dekat rumah lagi best sebab saya masuk awal, depa kena masuk lambat. (yes kimal and nad, saya tuju khas untuk awak dua yang comment dekat ig saya)


Roommates? Wow, ni part paling best. So, atas ni roommates saya, yup 8 orang satu bilik. Walaweyh. Kak Masyi, hmm, sebab umur dia sama dengan abang saya, so kena juga panggil dia kak even dia tak nak hahaha (tak ngaku tua eh kak masyi ๐Ÿ˜›) waktu orientasi, paling rapat and cakap banyak dengan kak masyi and dalila. Kak masyi seorang yang clumsy hahahaha, jenis cepat panic, comel okay. Ouh, and dia ambil asasi pengurusan, selalu juga dia tanya soalan. Dalila pula, ingatkan dia 18 tau, kenal dia masa first first masuk dewan. Duduk sebelah dia and ada gambar saya dalam phone makcik dia hahaha. Garang weyh, hahaha, dia dengan Aqilah selalu pantau dorm. Dalila ni course kulinari, paling best hari yang dia memasak, memang selalu tunggu dia balik ๐Ÿคฃ

Aqilah pula, 1st kenal dia, perghh macam sombong, demand pasal kawan, tapi sekarang, semua rahsia saya, dia sorang yang tau, saya patah hati, gembira sedih saya (selalu bedtime story atas katil sebab kami dua tidur katil atas, sebelah sebelah, kadang tu dekat atas lantai waktu semua tidur, minum minum sambil makan sagu  dekat cafe lepas koke. Entahlah, seronok cerita semua masalah dekat dia) ouh dan dia 19 and degree bahasa arab (dia dengan dalila selalu kejut dengan cara creepy, sebab saya tidur atas, depa akan datang dengan nampak mata ja, panggil elee elee. Aqilah pula kalau ada kelas pagi, saya tengah tidur, dia akan kejut semata mata nak pinjam lipstick blusher semua ๐Ÿคฃ) Farhah pula, setiap hari gaduh dengan dia, tapi yang paling rapat sekali, maybe sebab sama kulliyyah and umur. Selalu kalau jumpa dalam bilik air, akan simbah air, jerit jerit, eh, macam macam lah. Sampai satu bilik semua ship (omg, ship as a friend) Syikin dengan maizatul pulak umur 19, hmm, jarang cakap dengan depa tapi depa nice and izzah, ni lagi lah jarang cakap. Dari 1st day sampai habis sem, bilik kami paling lewat tidur (sebab lepas maghrib, baca quran, tertidur atas sejadah, 'ter' okay. Tapi selalu tertidur atas sejadah ni, saya hahaha, then kak masyi pun ikut ๐Ÿคฃ)


Study sini Alhamdulillah okay, ada lah yang sudi ajar apa yang tak faham semua. Terima kasih untuk sesiapa yang pernah ajar saya. Hiks. You all know who you are. May Allah bless all of you. Banyak sangat benda yang saya belajar dekat sini. Tapi bila share bilik ramai ramai ni, tak boleh nangis macam dekat rumah ๐Ÿคฃ 


Pengalaman paling perit bila Jumaat ada midterm malaysian studies dan ada talk dari dekan semua, tapi saya tak boleh pi dua dua sebab gastrik and demam teruk. Hari khamis sakit, nasib memang ada satu kelas and kelas cancel. Dan selalunya saya ja ada dalam bilik sampai pukul 1 sebab semua ada kelas pagi, nasib haritu ada syikin yang jaga saya, dia panggilkan mak guard and akak jaksa. Waktu tu baru teringat dosa hahaha. Memang terbaring dekat lantai sampai asar. 

Then kak masyi bawa balik makanan, and malam tu pi hospital SP. Kawan kak masyi drivekan. AGAIN, you all know who you are yang bawa and tunggu saya sampai pukul 1 pagi (tak nak mention ๐Ÿ˜›) Jumaat sabtu memang rest betul betul, Ahad baru sembuh gastrik tapi demam tak. Depa tak bagi pi kelas lagi, tapi ... tak larat weyhh asyik tidur ja, bosan. Bila keluar tu, banyak juga pembaharuan, ada pokok bunga, masjid ada banyak yang baru ๐Ÿ˜‚ (still pembaharuan apa) Tapi ya lah, belajar dari kesilapan tak breakfast tu 3 hari ja, lepastu buat balik, sebab memang dari dulu jenis tak makan pagi. Paling awal boleh terima makanan tu, pukul 1. 


Lepastu baru tau ada jalan untuk dekat lagi dengan tasik (terima kasih tour guide yang sudi bawa kami dan jadi photographer tengah tengah panas) 


Lepastu dulu macam tak rapat sangat dengan geng geng ni, tapi sekarang, semua sama sama (alamak teringat dakdak 5s2) jenis tak jaga hati perasaan orang, tapi sebab dah biasa dengan 5s2, so macam biasa ja. Yang selalu bagi kata kata semangat (konon. Yang selalu guna ayat 'aii ... ka?' 'dengaq dak ni' 'jaga dia') tapi saya sorang ja course lain, semua islamic banking and sorang business admin. Semua 2.5 tahun, saya sorang 3 tahun.๐Ÿ˜•  (OMG! Tashabar nak duduk serumah!)  As long as grad sesama (nanti setiap kali habis final. nak tangkap macam ni, position yang sama hokay! Cuma kena tambah lagi dua orang tu)


4 hari before final (Khamis) balik rumah Adila dekat Sik. Hiks (orang lain study, saya ikut balik rumah orang. Alah study juga) dengar macam best sebab ada bendang dengan sungai. Tapi sayang, hujan masa balik rumah Adila, hari Sabtu baru sempat pi sungai, tak pi bendang ๐Ÿ˜ฟ then balik hari Sabtu petang, terus pi library sebab Mira dengan Farhah nak study math. Okaylah, pi ja lah study dengan depa. Thank you Adila bawa balik rumah, tapi tak ingat nak pi rumah Adila lepas ni ๐Ÿ˜‚


Wahh, panjangnya. Ouh, saya ambil dip in accounting. At first, saya sorang perempuan dan 3 orang lelaki, waktu tu nak nangis weyh. Nasib ada najat lepastu husna and bella. 4 orang pun okay what. Stress study sampai rasa dah give up semua tu normal lah kan. Kita yang handle semua masalah, stress tu. Yang selalu motivate nad, gha, aqilah, geng geng kulliyyah. 


Terima kasih yang selalu motivate saya dari awal sem sampai final. Selalu sangat dari sekolah menengah sampai sekarang, nak habis tahun, sem, mesti ada banyak masalah ujian. So, semua tu normal. Terima kasih untuk semua kebaikan yang pernah bagi dekat saya. Saya appreciate sangat. Nak buat appreciation post pun macam tak boleh ja sebab ramai sangat. So, sapa yang rasa pernah buat baik dengan saya tu, terima kasih sangat sangat.  

Sebenarnya, ada lagi gambar dari awal sampai habis. Tapi macam panjang sangat. So, rasanya jumpa nanti lah kot blog ni. Cuba sedaya upaya gain balik followers yang hilang (haritu riuh kan followers dekat semua blog hilang, ya saya pun kena ๐Ÿ˜’) Thank you sebab baca dari awal sampai habis. Jumpa next sem ๐Ÿ’–


love,
Namin.

16 May 2017

Happy Mother's Day!

Assalamualaikum

Wah! Terus update mother's day. 1st entry dalam tahun 2017. Baru perasan, blog dah sediakan emoji, symbol etc. ๐Ÿ‘ Dan lagi 6 hari masuk uni life ... Okay, let's begin!

Dalam hari Khamis atau Jumaat, kakak ada dm dalam group adik beradik (abang, kakak, saya, tasha). Dia plan nak celebrate mother's day hari Ahad, tapi tak dapat buat sebab kakak kena dapat shift petang, Then kami sambut hari Isnin (semalam). Ni kiranya surprise lah. Then dalam tengah hari, kakak ws pasal surprise tu. Tapi petang tu, mak order makanan dekat kakak beli dekat sup lekaq. So, kami macam tak bagi lah mak makan makanan yang berat, takut malam nanti mak kenyang. Kakak cuma pesan nak bawa mak keluar makan malam ja.

Petang tu, keluar dengan kakak pi yuya, memang nak pi sebab nak beli patches, sebelum tu nak reserved tempat, tapi pertengahan jalan, kakak plan nak beli belon. So, pi yuya dulu. Nak pilih belon pun lama weyh! Lepas habis beli belon dengan patches, pi reserved tempat, bagi bunga dengan belon tu siap siap. Kata suruh bawa keluar belon dengan bunga waktu keluar makan. Booking pukul 8.30. So, kena lah pujuk mak, sebab mak selalu tunggu isyak, mak malas nak keluar. And finally, mak ikut jugak.


Bila dah sampai, terkejut sebab tengok ada belon dengan bunga siap siap. Mak masuk dulu, mak tak perasan meja tu tulis nama kakak. So, saya pun, sebenanrnya, ni lah meja kita. Mak macam ... ni? Kakak nak menangis, sebab petang tu dia ada cakap, kakak tak boleh lah macam ni, nak menangis ๐Ÿ˜’ mak pun nak nangis juga. So? Surprise berjaya! Tak da banyak gambar sebab buat video, ingat nak edit and letak dekat youtube (vlog) tapi terdelete satu video dalam phone. So, nevermind.



p/s : Tempat sini best okay! Friendly! Makanan pun sedap! 10/10 ⭐ click sini kalau nak tahu semua benda pasal tempat ni ๐Ÿ‘


Happy mother's day to all mothers out there! ๐Ÿ’—

love,
Namin.